FAEDAH PROJEK

FAEDAH PROJEK INOVASI




PENGURANGAN KOS OPERASI

Kos yang digunakan adalah lebih menjimatkan seperti guru terpaksa mengeluarkan kos fotostat sebelum projek inovasi dilaksanakan.


PENJIMATAN MASA

Masa pengajaran dan pembelajaran (P & P) di dalam kelas tahun 1 Saidina Abu Bakar dan tahun 6 Saidina Hussin lebih jimat berbanding sebelum projek inovasi dijalankan. Hal ini mengambilkira kefahaman pelajar selepas selesai sesi P & P dijalankan.


PENINGKATAN HASIL KERJA

Hasil kerja murid di dalam kelas lebih menarik dan berkualiti terutamanya dalam menghasilkan sesuatu yang kreatif seperti melakar Peta Minda.


PENINGKATAN DALAM TAHAP KEPUASAN HATI PELAJAR

Kira-kira 90 peratus murid berpuas hati dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P & P) matapelajaran Sirah kerana mereka dapat menggunakan alat bantu mengajar seperti Projek Inovasi yang telah dilaksanakan.

1 comment:

  1. Alhamdulillah dapat menarik minat murid untuk belajar dgn penuh keyakinan... Tahniah ustaz afif

    ReplyDelete

KANDUNGAN POPULAR